Monday, June 13, 2016

MRTA VS MLTT

Ramai yang bertanya MLTT tu apa? MRTA apa? MRTT? MLTA?

Secara asasnya, kesemua di atas ialah Gadai Janji. Bahasa mudahnya insurans untuk hartanah kita dari sebarang risiko.  Ianya ialah perlindungan yang dibuat khusus untuk menyelamatkan pihak yang memberi pinjaman (bank) dan juga pihak yang meminjam (pembeli rumah) sekiranya pihak yang meminjam tidak dapat meneruskan bayaran ansuran pinjaman disebabkan telah meninggal dunia atau pun hilang upaya kekal. Sebenarnya benda-benda tu hampir sama tapi memang tak serupa. Mula-mula anda semua kena tahu dulu maksudnya seperti di bawah ni :-

  1. MLTA / MLTT – Mortgage Level Term Assurance / Takaful
  2. MRTA / MRTT – Mortgage Reducing Term Assurance / Takaful
Yang berbeza cuma pada perkatan Takaful, Assurance, Level dan Reducing.

Senang saje nak faham.

👉Takaful vs Assurance.

  • Takaful - patuh syariah 
  • Assurance - tidak patuh syariah sebab dia konvensional.

👉Level vs Reducing.
  • Level - jumlah perlindungan berkadar rata atau sama di sepanjang tempoh perlindungan berkuatkuasa
  • Reducing - jumlah perlindungan berkurang mengikut baki pinjaman di sepanjang tempoh perlindungan. 
 Gambarajah bawah ni boleh bantu untuk lebih faham.




Masih tak paham??

Boleh hubungi saya

Fauziah @ 0173073757

No comments: